Awal-awal pakai tudung labuh
Sekolah agama memberikan tarbiyyah. Ia membentuk anak-anak didiknya agar berada di landasan yang betul. Bagi pelajar muslimah di sekolah-sekolah agama, mereka diajar untuk menerapkan pakaian muslimah yang sejati pada diri mereka. Ini bertujuan untuk merealisasikan tuntutan ISLAM dalam berpakaian khas untuk wanita beriman.
ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman dalam al-Quran berkaitan etika berpakaian wanita beriman yang maksudnya:
Pelajar-pelajar sekolah agama ini dikehendaki memakai uniform sekolah dan bertudung labuh, baju kurung yang longgar (tidak ketat), jenis kain yang tidak nipis dan berstoking panjang. Bukan itu sahaja, malahan hal batasan ikhtilat (percampuran lelaki & perempuan) turut diajar kepada mereka. Lelaki dan perempuan dipisahkan tatkala makan di kantin, tangga khas lelaki-perempuan, aktiviti kurikulum & ko-kurikulum kebanyakannya dipisahkan antara lelaki-perempuan dan sebaginya. Ini semua untuk dijadikan bekalan ilmu buat mereka serta mengamalkannya.
Bukan semua yang gembira dengan peraturan ini. Mereka terpaksa. Tetapi, memang begitulah proses pentarbiyyahan perlu dilakukan. Tanpa peraturan, mereka tidak akan patuh dengan kod pakaian yang ‘menyusahkan’ itu. Mereka pastinya mahu bebas dan bersantai-santai dalam berpakaian. Peraturan untuk berpakaian Islami ini adalah untuk kebaikan mereka sebenarnya. Kebaikan yang diukur dari kaca mata agama.
Tahun demi tahun dalam keterpaksaan, lama-kelamaan mereka berasa selesa dengan bertudung labuh. Malahan ada yang jatuh cinta dengan cara berpakaian tudung labuh pula. Mereka membawa cara berpakaian yang penuh kesederhanaan ini ke luar sekolah. Hatta, sehingga habis sekolah. Sampai ke universiti, sampai ke alam pekerjaan.Tetapi bilangan mereka yang tetap dengan tudung labuh tidak ramai disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktornya ialah kesesuaian pekerjaan (nature of work), trend, fesyen, akibat keluarga dan sebagainya. Yang paling penting ialah mereka MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA. Samada bertudung labuh atau tidak, bukanlah menjadi ukuran utama. Kerana syariat hanya menyuruh mereka menutup aurat. Asal sahaja sudah menepati syariat, nah silakan…
No comments:
Post a Comment